Thursday 23 June 2011

Mutiara Kata

RANCANGAN  PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran :       Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan – Sekolah Rendah                                 
Kelas                :         4 Dinamik
Bil Murid           :        20 Orang
Masa                :         9:15 – 10:15 pagi
Tarikh               :         3 Mei 2011    
Tema                  :       Sayangi Diri
Tajuk                  :       Pengurusan Diri
Sub topik           :       Makanan Seimbang
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir ini, murid akan dapat :-
1.    menyenaraikan 3 jenis makanan seimbang bagi setiap peringkat piramid makanan.
2.    menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
3.    menyayangi diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Penerapan Nilai-Nilai Murni
1.    Menyayangi diri dengan mengamalkan cara hidup sihat.
2.    Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
3.    Kerjasama antara ahli kumpulan.
KBT  : Kajian Masa Depan, KBKK (mengkelas)

Pengetahuan Sedia Ada
1.    Murid mengenali jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat.



Bahan Bantu Mengajar
1.    Tayangan video a. Upin dan Ipin
                                        b. Mereka masih bersyukur walaupun makan sisa makanan.
2.    ICT- persembahan Powerpoint
3.    Lembaran Kerja
4.    Permainan jigsaw puzzle



Langkah
Aktiviti
Catatan/BBM

Set induksi
(7 minit)

-Murid dipertontonkan dengan tayangan video Upin dan Ipin episod 10  tamak
-Guru bersoaljawab tentang video tersebut dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran yang akan diajar.


Langkah 2
(8 minit)

-Guru menunjukkan beberapa gambar makanan dan meminta murid menamakan makanan yang ditunjukkan.
-Murid membacanya bersama-sama secara kelas.
-Murid diminta mengelaskan makanan yang sihat dan tidak sihat.




Langkah 3
(13 minit)

-Guru memberikan penerangan dengan mempertontonkan persembahan powerpoint tentang makanan seimbang melalui piramid makanan.
-Murid membaca petikan tentang piramid makanan dan kepentingan makanan seimbang.
-Murid dan guru berbincang tentang peringkat-peringkat dalam piramid makanan dan diminta memberikan contoh-contoh lain yang sesuai.


ICT- persembahan Powerpoint

Langkah 4
(10 minit)


-Guru meminta murid melengkapkannya lembaran kerja .
- Guru membimbing murid.


Lembaran kerja
Langkah 6
(15 minit)

Pelajar dikehendaki menyiapkan jigsaw puzzle yang terdapat dalam permainan untuk menentukan jenis makanan yang baik untuk kesihatan dan tidk baik.

Penutup
(7 minit)

-Guru  mempertontonkan video chicken ala carte sambil murid menyanyi bersama-sama.
-Guru membuat rumusan.

Jigsaw Puzzle

No comments:

Post a Comment